statistik gagasan pelayar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, October 11, 2007

Raya ari Jumaat

Raya jatuh pada hari Jumaat..

Nampak gaye raye dalam kelas lagi la kai ni. Mula2 igt hari sabtu. tp time iftaar td br diberitahu. agak terkejut la jugak since dh plan nk pi smayang raya ari sabtu. kire masuk kali ke-3 la xberpeluang sembahyang raya..

hrmm.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin

tulus ikhlas dr,
-mush-

Wednesday, October 3, 2007

Maya "Ka"..?

Pernahkah anda menonton iklan2 yg diterbitkan oleh syarikat telekomunikasi baik di televisyen mahupun di dada2 akhbar? Rasanya ramai yg terpesona dgn idea2 yg ditampilkan dalam iklan berkenaan hingga membuatkan kita senantiasa tertunggu2 setiap kali break di kaca televisyen. Jika di US ini, saya tertarik dengan iklan AT&T yg memperkatakan tentang drop off calls yg sebenarnya sangat lazim berlaku pada kesemua pembekal talian (baik TMobile, Verizon hatta AT&T sendiri) lihat sini (AT&T-1) (AT&T-2) Gelagat-gelagat bersahaja itu kerap sangat berlegaran di minda lantaran idea-idea itu yg sebenarnya mmg terjadi dalam kehidupan seharian. Iklan-iklan di malaysia juga tidak kurang hebat dalam membuatkan penonton tak kering gusi. Siapa tak tahu tentang iklan orang kuning - yg kental berusaha berlatih untuk menaikkan "bar" liputan (ala2 naik pangkat gitu.. hehe..) nice job!

Saya sebenarnya tidak mempunyai tujuan tertentu dalam entri kalo ini. cuma saya ingin berkongsi dengan apa yg saya baru terbaca - sesuatu yg menarik yg saya rasa menarik untuk dihebahkan. Dalam satu forum tempatan (yg tiada berkaitan langsung dengan cellphone), terdapat satu gambar yg saya kira jarang2 benar kita dapat lihat di malaysia. secara jujurnya saya tidak pernah terserempak betul2 di depan mata meskipun secara umumnya saya mengetahui akan kewujudan iklan ini.
familiar?



Sayangnya iklan seperti ini limited benar dan sukar pula kelihatan di tempat2 lain yg jauh dari negeri che' mek molek . yang selalunya kelihatan ialah ini:


Orangnya masih sama, mesejnya tetap "..Anda Berkuasa" malah warna bajupun masih yg tu juga. Tapi yang mana yg lebih mengesani jiwa anda sebagai pengguna? Saya tidak ingin mempertikaikan atau mengatakan yg mana satu lebih bagus, cuma sebagai pengguna, sekadar meneliti apa yg disajikan kepada kita menerusi iklan. Saya tertarik dengan satu nukilan daripada seberang gelanggang blog sana, "Gelanggang Keris Silau". Apa yg ditulis kelihatan bersahaja namun bila difikir2 memang ada kebenarannya.

Maya Karin Senyum Kat Saya

Dalam perjalanan nak pergi kerja
Maya Karin tersenyum manja
Sambil itu dia kata kat saya
Dengan Celcom anda berkuasa
Saya hairan terpinga-pinga
Apa yang buat saya berkuasa
Bolehkah saya memiliki dia
Apa yang dimaksudkan berkuasa
Saya cuma pekerja biasa
Kerja pula dekat kilang swasta
Gaji sikit tidaklah seberapa
Nak makan roti canai kawan belanja
Sebab mamak sudah naikkan harga
Dulu tujuh kupang sekarang seringgit dua
Itulah harga terbaru di Restoran Pelita


Habis kuasa apa yang dimiliki saya
Sampai ke hari masih jadi tandatanya
Bukan setakat berkuasa memiliki Maya
Malah kami belum pernah berjumpa
Tapi hari-hari dia senyum kat saya
Dengar kata dia sudah ada yang punya
Nama dia mula dengan huruf Ka
Tapi itu desas-desus internet punya cerita
Kita bukan boleh percaya
Tapi kadang-kadang ada logik juga
Sebab bini dia tak lah lawa
Tapi anak pembesar negara
Jadi Ka tersepit antara cinta dan cita-cita
Terlepaslah Maya Karin kat saya


Habis tu apa dia yang berkuasa
Berkuasa membuat panggilan rasanya
Berkuasa untuk berSMS di mana jua
Kalau macam tu tak yah suruh Si Maya
Termpampang wajah artis pujaan saya
Di simpang jalan dan dilebuhraya
Celcom buang karin aja!

Keris Silau
31 Mei 2007

posted by Keris Silau

Antara Maya Karin versi Islamik mahupun "kurang" Islamik, yg mana menjadi pilihan anda? yg manapun yg anda pilih, kata maya, anda tetap BERKUASA (hrmm.. betulkah?)


p/s: mush xpakai celcom.. masih setia dgn maxis.

Saturday, September 22, 2007

Ramadhan '07

Ramadhan thn ini datang lebih awal sebagaimana sebelumnya. jika tahun lepas, kami di sini dapatlah merasa berpuasa "pendek" dr pukul 6.30 pagi ke 4.30 petang. tahun ini agak berlainan kerana daylight saving hanya akan berlaku kira2 minggu selepas ramadhan berlalu.

tapi bukan itu yg ingin dibicarakan. puasa tahun ini menampilkan beberapa wajah2 yg baru dan agak asing bagi saya. meskipun tidaklah seramai mana freshman yg dtg jika dibandingkan dengan vandebilt atau illinois-urbana champaign yg menjangkau 30+ freshies thn ni, kehadiran mereka tetap mewarnai kehidupan di minnesota ini. tambah2 lagi bila ada 2 exchange students dr usm yg juga dlm bidang geophysics! itupun masih belum sempat untuk saya berkenalan dgn semuanya. namun, ada juga muka2 "lama" yg hilang untuk sessi fotografi ini. went back for good.

gentlemen

super duper awesome fantastic "kaji batu" teammates..=p


saiful

kaler sedondong.. haha

mcm ni a agak2nye kalo klua dlm utusan.. huhu..

ramadhan '07, mungkin kali yg penghabisan di luar negara, namun harap2 bukan yg terakhir. kalo ada rezeki ingin sahaja tinggal lama di sini. segala2nya pasti sudah teratur, hanya kita yg bisa tidak mengetahuinya.

salam ramadhan dr minneapolis


Saturday, April 7, 2007

demam mukhsin

Don't leave me
We must forget
All we can forget all we did till now
Let's forget the cost of the breath
We've spent saying words unmeant
And the times we've lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

I'll bring back to you the pearls of rain
From a distant domain where rain never fell
And though I grow old I'll keep mining the ground
To deck you around in gold and light
I'll build you a domain where love's everything
Where love is king and you are queen
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
For you I'll invent
Words and what they meant only you will know
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
There's a story too that I can confide
Of that king who died from not meeting you
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

And often it's true that flames spill anew
From ancient volcano's we thought were too old
When all's said and done scorched fields of defeat
Could give us more wheat than the fine April sun
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren't they joined in the sky
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To look at you and see you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be for you the shadow of your shadow
The shadow of your hand the shadow of your dog
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

(Jacques Brel)


Terkedu..
Sayu..


antara kita semua, pasti ada kenangan yg sengaja kita pendam, mahal rasanya untuk dikongsi. tapi lagu itu mengungkit kembali sisa-sia nostalgia silam yang tersimpan usang. oohh..


kalo tidak kerana mukhsin, lagu ini pasti xkutemu..


p/s: french 1001 in fall semester? ohh, aku hampir pasti..!!


bonjour..=)

Thursday, March 1, 2007

penangan salji

awal minggu ini aku dihinggapi selsema dan demam..!


aku cuba menyorot kembali kotak ingatan; menghitung kembali masa terakhir aku demam. mungkin tahun lepas. aku sendiri tiada kepastian. nyatanya sudah lama hingga terluput dek perkara-perkara lain yg sama berkongsi ruang storage bersaiz 2 genggaman tangan. Oh, tapi demam kali ini ada baiknya; paling tidak mencuci daki2 dosa yg enggan tertanggal (itulah yg aku harapkan..) terima kasih kepada rosh yg menjaga aku sepanjang demam; kerenah aku yg kadang2 sukar difahami dan diduga.. ada2 saja yg xkena atau xcukup.. kalo tidak kerana kau yg sabar, pasti tali persahabatan tergoncang kuat.

dan demam itu turut sama2 membawa penyakit lain yg memang merugikan; malas. masih ada assignment yg sekian lama terperap tanpa disentuh, terlonggok di atas meja. payah benar rasanya untuk mengerah tenaga, meski aku sendiri pon sedar kerja yg tertangguh pasti lebih membebani kelak. azamku untuk kusudahi kerja2 itu hujung minggu ini masih xcukup kuat. masih berisiko lantaran tumpuan yg mudah benar teralih arah. benar kata org; makin banyak masa senggang, makin malas jadinya.. tapi jika sibuk, masa itulah kita benar2 menghargai masa lapang yg kita ada selama ini. ooh..

..

Minnesota diselimuti salji lebat.. 2 minggu berturut2.. arus pertama sahaja sudah cukup memaksa snow emergency dikeluarkan pada ahad lepas. dan buat pertama kalinya kereta kesayangan aku (..err, kete kami 4 org.. huhu..) terpaksa diletakkan di dalam garage apartment. aku terasa seolah2 ada satu strata yg membezakan kereta2 di sini. kereta2 yg mahal, letaknya di dalam garage. yg tidak mampu membayar USD 600+ satu semester, hanya di luar kawasan apartment layaknya. sebab itu bila dipersetujui untuk masing2 berkorban sebanyak USD7.50 seorang untuk parking selama seminggu, aku terasa seperti memandu kereta mahal.. tambah2 bila memandu kereta terus ke dalam garage dan enggan menoleh spot parking di luar.. hehe.. (aku syok sendiri..!)


Oh ya, ada sesuatu yg mengejutkan.. buat pertama kalinya secara rasmi U of Minnesota ditutup; sesuatu yg cukup jarang berlaku. kali terakhir adalah kira2 15 tahun lalu (kata lecturer geochronology, 34 tahun lalu..) benar2 teruk keadaan.. dgn salji yg mencurah2 turun seperti hujan monsoon, memasuki 24 jam tanpa henti.. ohh.. tapi instead of duduk diam di rumah, aku terjerat untuk sama2 bergelumang dgn salji. kalau kecik2 dulu, mesti dah kene marah sebab main hujan.. huhuhu..

dan, sebagai pengakhiran (dan untuk memenuhi janji yg tertabur dulu), aku ingin ucapkan selamat hari lahir buat seseorang yg serasanya serasi denganku. semoga hijrah umur benar2 mematangkan dan mendewasakan cara pemikiran kita. Aku doa sejahtera, aku harap petunjuk, aku impi bahagia.. semuanya untuk kamu..



-mush-
3/1/07

Tuesday, February 20, 2007

Entri #3 - Kepulangan



terasa janggal menaip dalam blog sendiri setelah sekian lama membisu..


aku kurang pasti mengapa akhirnya tergerak jua hati untuk menghidupkan kembali apa yg tersisa dalam ruangan ini. Semestinya ramai yg bosan menunggu, menanti sesuatu; lantas berhijrah dan terus melupakan. sengaja sebenarnya aku berbuat begitu, walaupun aku sendiri kurang pasti sejauh mana kukuhnya tekadku. hibernasi? barangkali.. tiada idea? jauh sekali, namun jarang-jarang berakhir dalam penulisan. merajuk? hrmm.. ntahlah..

tapi berita semalam di dada akbar nasional benar-benar memukul benak jiwa. terasa bagai xpercaya apabila membaca kisah seorang ibu yg sanggup membunuh anak sendiri yg tidak berdosa. 2 orang anak sekaligus (link) kes ini merupakan yg ke-2 dalam tempoh seminggu dua, semacam menjadi berita hangat yang sensasi. kesian, simpati, sayu dan apa-apa lagi perasaan yg berawangan, bukan terhadap kanak2 yg menjadi mangsa, namun terhadap si ibu juga. mungkin amarahnya yg tak terbendung memungkinkan semua itu berlaku. ohh.. aku minta agar aku dijauhi cubaan yg sedemikian rupa.

Oh ya, buat pertama kalinya hawa dingin yg mengguliti minnesota buat sekian lamaakhirnya lesap entah ke mana. lantas hawa suam2 hari ini aku sambut dgn senyuman yg berbunga2. harap2 berterusan panas hendaknya. aku rindu benar pada summer (dan perancangan2 di masa summer yg dah tersusun siap!) tak sabar untuk menanti bunga2 untuk kembang...


Juga, harap2 aku tidak berjauhan dr blog ini lagi.


-mush-
2/20
(2 hari lagi..)

Sunday, December 10, 2006

Entri #2 - Darah manis

Tak pasti sebenarnya apakah saya harus menulis atau menunggu lagi hingga ilham datang. Kegusaran bermain-main di kalbu; entri apakah yg harus saya persembahkan selepas entri sulung yg lalu. ingin benar melahirkan sesuatu yg menjadi juadah berfikir, namun tiada isu2 yg hangat yg mampu mendorong saya untuk mengulas. Maka itu merencatkan usaha saya kerana takut menulis sekadar berpicisan tanpa sebarang matlamat. masa juga tidak nampak benar2 mengizinkan. maklumlah, minggu exam yg tinggal beberapa hari.

Tapi mood exam yg diharap2kan menjangkiti saya buat masa kini tidaklah dirasai sehebat menghitung hari2 utk tamatnya minggu exam. Malah, fokus saya lepih tertumpu kepada perancangan2 yg bakal terlaksana di rumah kelak. Ya, insya Allah saya akan pulang. Pulang utk menemui keluarga yg selalu terbayang di mata. Malah telah beberapa kali bermimpi berada di kampung - mungkin kerana terlalu rindu. Saya pasti ramai lagi sahabat di sini yg ingin benar balik, namun cuti pendek musim winter yg hanya berjumlah 3 minggu menghalang niat itu. Tapi saya benar2 deterministik. Ada yg bergurau2 mengatakan saya akan balik bertunang. Masakan! Alangkah bagus begitu, tapi hanya angan2, ibarat api jauh dari pemanggang.

Dan antara hasrat2 yg terfokus di minda semestinya untuk menonton filem "cinta" yg kerap benar digembar-gemburkan media elektronik tempatan. Ada bait-bait indah dari filem itu yg menangkap jiwa saya. Terutama apabila terlihat nama Dato' Rahim Razali di kalangan barisan pelakon2. Masih berbisa lagi rasanya lakonan beliau. Pertama kali saya melihat wajahnya berlakon adalah kira2 12-13 tahun yg lalu. Lupa apakah tajuk ceritanya, tapi mengisahkan tentang watak seorang lelaki (lakonan beliau) yg berhijrah ke kota London, meninggalkan kekasih di kampung. namun berkahwin dengan warga tempatan, berkeluarga dan enggan pulang ke pangkuan keluarga di kampung (tanpa sebab2 yg pasti). Tidaklah saya igat apa kesudahannya, saya perlukan seseorang yg tahu akan cerita ini untuk menyambung. Namun apa2 pun, seingat saya itulah kali pertama melihat kota london dalam filem melayu - sesuatu yg terlalu "special". Filem2 seperti romeo dan juliet, tarantula dan beberapa filem yg menjadikan kota london sebagai lokasi perfileman pasti akan mendapat perhatian hingga teridam2 utk menjejakkan kaki di Heathrow! (harap2 trip fakulti ke Scotland hujung semester depan benar2 terzahir)

Ada juga beberapa isu politik yg mendapat perhatian saya (pasti ada yg tak gemar bersuara tentang politik, takut). Penggabungan 3 ikon perladangan utama dalam mewujudkan entiti konglomerat tunggal yg "terbesar di dunia" tampak menarik. Tambah2 bila ada tuduhan2 berasas mempertikaikan kewajarannya, selain impak2 yg bakal terdedah kelak - semua ini menambah rencah dalam perdebatan hangat peringkat nasional. Juga isu berprofil tinggi - pembunuhan altantuya (maaf, xpasti apa benar ejaannya) yang terlalu kejam untuk diterima akal. Isu Rufaqa. Isu TDM "digam". Isu keuntungan Malaysia Airlines. Isu enakmen pemakaian di Kelantan. Saya benar-benar dahagakan maklumat yg masih tidak tercantas daripada tangan2 si pemanipulasi. Dan turut tak terlepas, berita tamatnya perkhidmatan Yg di Pertuan Agong dari Perlis selepas 5 tahun bersemayam di KL. Sebagai bekas anak jati Perlis, semestinya rasa bangga itu mekar berputik melihatkan Raja dari negeri sendiri menjadi Agong - imej yg bersih dan tidak tercalar. "... kekal perintah Jamallullial.." (petikan lagu negeri).

Perancangannya jelas sekali banyak, namun yg mana yg akhirnya menjadi tidaklah saya pasti. Apa2 pun jelas, hari2 berbaki ini pasti membuatkan darah yg menjalari tubuh seakan-akan bertambah manisnya!


-mush-
dec 10th (12 hari sebelum berangkat ke "oversea")