statistik gagasan pelayar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, December 10, 2006

Entri #2 - Darah manis

Tak pasti sebenarnya apakah saya harus menulis atau menunggu lagi hingga ilham datang. Kegusaran bermain-main di kalbu; entri apakah yg harus saya persembahkan selepas entri sulung yg lalu. ingin benar melahirkan sesuatu yg menjadi juadah berfikir, namun tiada isu2 yg hangat yg mampu mendorong saya untuk mengulas. Maka itu merencatkan usaha saya kerana takut menulis sekadar berpicisan tanpa sebarang matlamat. masa juga tidak nampak benar2 mengizinkan. maklumlah, minggu exam yg tinggal beberapa hari.

Tapi mood exam yg diharap2kan menjangkiti saya buat masa kini tidaklah dirasai sehebat menghitung hari2 utk tamatnya minggu exam. Malah, fokus saya lepih tertumpu kepada perancangan2 yg bakal terlaksana di rumah kelak. Ya, insya Allah saya akan pulang. Pulang utk menemui keluarga yg selalu terbayang di mata. Malah telah beberapa kali bermimpi berada di kampung - mungkin kerana terlalu rindu. Saya pasti ramai lagi sahabat di sini yg ingin benar balik, namun cuti pendek musim winter yg hanya berjumlah 3 minggu menghalang niat itu. Tapi saya benar2 deterministik. Ada yg bergurau2 mengatakan saya akan balik bertunang. Masakan! Alangkah bagus begitu, tapi hanya angan2, ibarat api jauh dari pemanggang.

Dan antara hasrat2 yg terfokus di minda semestinya untuk menonton filem "cinta" yg kerap benar digembar-gemburkan media elektronik tempatan. Ada bait-bait indah dari filem itu yg menangkap jiwa saya. Terutama apabila terlihat nama Dato' Rahim Razali di kalangan barisan pelakon2. Masih berbisa lagi rasanya lakonan beliau. Pertama kali saya melihat wajahnya berlakon adalah kira2 12-13 tahun yg lalu. Lupa apakah tajuk ceritanya, tapi mengisahkan tentang watak seorang lelaki (lakonan beliau) yg berhijrah ke kota London, meninggalkan kekasih di kampung. namun berkahwin dengan warga tempatan, berkeluarga dan enggan pulang ke pangkuan keluarga di kampung (tanpa sebab2 yg pasti). Tidaklah saya igat apa kesudahannya, saya perlukan seseorang yg tahu akan cerita ini untuk menyambung. Namun apa2 pun, seingat saya itulah kali pertama melihat kota london dalam filem melayu - sesuatu yg terlalu "special". Filem2 seperti romeo dan juliet, tarantula dan beberapa filem yg menjadikan kota london sebagai lokasi perfileman pasti akan mendapat perhatian hingga teridam2 utk menjejakkan kaki di Heathrow! (harap2 trip fakulti ke Scotland hujung semester depan benar2 terzahir)

Ada juga beberapa isu politik yg mendapat perhatian saya (pasti ada yg tak gemar bersuara tentang politik, takut). Penggabungan 3 ikon perladangan utama dalam mewujudkan entiti konglomerat tunggal yg "terbesar di dunia" tampak menarik. Tambah2 bila ada tuduhan2 berasas mempertikaikan kewajarannya, selain impak2 yg bakal terdedah kelak - semua ini menambah rencah dalam perdebatan hangat peringkat nasional. Juga isu berprofil tinggi - pembunuhan altantuya (maaf, xpasti apa benar ejaannya) yang terlalu kejam untuk diterima akal. Isu Rufaqa. Isu TDM "digam". Isu keuntungan Malaysia Airlines. Isu enakmen pemakaian di Kelantan. Saya benar-benar dahagakan maklumat yg masih tidak tercantas daripada tangan2 si pemanipulasi. Dan turut tak terlepas, berita tamatnya perkhidmatan Yg di Pertuan Agong dari Perlis selepas 5 tahun bersemayam di KL. Sebagai bekas anak jati Perlis, semestinya rasa bangga itu mekar berputik melihatkan Raja dari negeri sendiri menjadi Agong - imej yg bersih dan tidak tercalar. "... kekal perintah Jamallullial.." (petikan lagu negeri).

Perancangannya jelas sekali banyak, namun yg mana yg akhirnya menjadi tidaklah saya pasti. Apa2 pun jelas, hari2 berbaki ini pasti membuatkan darah yg menjalari tubuh seakan-akan bertambah manisnya!


-mush-
dec 10th (12 hari sebelum berangkat ke "oversea")

Thursday, December 7, 2006

julung-julung

"fuuhh.." itu la perkataan yang terawang-awang di benak sebaik blog ini lahir, meski tidak sempurna. Masih ada beberapa touch up yg terpaksa saya lakukan di sana-sini untuk memberi ceria. Puas sudah rasanya melihat blog ini muncul, setidak-tidaknya buat ketika ini. Melihat kepada alamat blog ini sudah pasti mampu membuatkan org senyum sinis (saya juga.. hehe..) "tabibhati konon.. eksyen lebie.." namun bukan itu tujuan saya.. Saya sebenarnya cemburu; cemburu melihat rakan-rakan yg bebas menulis mengembangkan isi-isi dengan kisah2, pandangan, suara hati, malah kadang-kadang dengan entri (diambil dari seseorang) yang tiada hala tuju dalam blog mereka. Saya suka dengan kehadiran entri-entri seumpama itu, kadang kala yang tidak berhala tuju itulah yg mengesani dan membuat saya berfikir lama.

Sudah lama sebenarnya hati berhajat untuk memiliki ruang blog sendiri dengan beberapa tujuan (yg sebenarnya masih tercongak-congak di minda). Yang peliknya; di kala berhadapan dengan situasi getir memasuki minggu-minggu exam inilah niat lama itu terlangsung (sumpah pasti mama akan mengomel panjang jika tahu hal ini..) Setidak-tidaknya dengan berblog ini dapat mengikat saya kepada rakan-rakan yg berjauhan mata, atau sebagai tempat kunjungan pabila diserang rasa bosan atau paling tidak sekalipun, untuk terus berlatih memahirkan bahasa melayu (yg makin hari makin kekok!). Yang pasti, blog ini tidak akan 100% terjerumus untuk memperkatakan isu2 hangat di kalangan muda-mudi (anda sendiri tahu apa dia). Bukan apa, saya khuatir ada yg akan membeli tanggapan yg salah kepada blog ini. Gusar sebenarnya menggunakan istilah tabib hati.. "tabib" "hati" --> dua istilah yg tinggi penilaiannya di mata pembaca. Takut hal2 masalah hati & cinta menjadi hidangan utama dalam berblog (saya sendiri tiada pengalaman luas!) Harap-harap ini menjadi garis penghadang bagi saya dalam mengemudi hala tuju blog ini. Tapi untuk hidangan sampingan, apa salahnya..;)

Cukuplah sebagai mukaddimah awal. Saya berterima kasih kepada beberapa blog (kisah itu, salamputra, puteri saadong, sang kelembai, dll) yang karya2 berkualiti mereka telah berjaya menambat saya untuk sama-sama bergelumang dalam arena blog. Moga-moga blog ini mendapat penerimaan yg baik daripada semua.


Salam sejahtera

-mush-
Dec 7th, 2006