statistik gagasan pelayar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, March 1, 2007

penangan salji

awal minggu ini aku dihinggapi selsema dan demam..!


aku cuba menyorot kembali kotak ingatan; menghitung kembali masa terakhir aku demam. mungkin tahun lepas. aku sendiri tiada kepastian. nyatanya sudah lama hingga terluput dek perkara-perkara lain yg sama berkongsi ruang storage bersaiz 2 genggaman tangan. Oh, tapi demam kali ini ada baiknya; paling tidak mencuci daki2 dosa yg enggan tertanggal (itulah yg aku harapkan..) terima kasih kepada rosh yg menjaga aku sepanjang demam; kerenah aku yg kadang2 sukar difahami dan diduga.. ada2 saja yg xkena atau xcukup.. kalo tidak kerana kau yg sabar, pasti tali persahabatan tergoncang kuat.

dan demam itu turut sama2 membawa penyakit lain yg memang merugikan; malas. masih ada assignment yg sekian lama terperap tanpa disentuh, terlonggok di atas meja. payah benar rasanya untuk mengerah tenaga, meski aku sendiri pon sedar kerja yg tertangguh pasti lebih membebani kelak. azamku untuk kusudahi kerja2 itu hujung minggu ini masih xcukup kuat. masih berisiko lantaran tumpuan yg mudah benar teralih arah. benar kata org; makin banyak masa senggang, makin malas jadinya.. tapi jika sibuk, masa itulah kita benar2 menghargai masa lapang yg kita ada selama ini. ooh..

..

Minnesota diselimuti salji lebat.. 2 minggu berturut2.. arus pertama sahaja sudah cukup memaksa snow emergency dikeluarkan pada ahad lepas. dan buat pertama kalinya kereta kesayangan aku (..err, kete kami 4 org.. huhu..) terpaksa diletakkan di dalam garage apartment. aku terasa seolah2 ada satu strata yg membezakan kereta2 di sini. kereta2 yg mahal, letaknya di dalam garage. yg tidak mampu membayar USD 600+ satu semester, hanya di luar kawasan apartment layaknya. sebab itu bila dipersetujui untuk masing2 berkorban sebanyak USD7.50 seorang untuk parking selama seminggu, aku terasa seperti memandu kereta mahal.. tambah2 bila memandu kereta terus ke dalam garage dan enggan menoleh spot parking di luar.. hehe.. (aku syok sendiri..!)


Oh ya, ada sesuatu yg mengejutkan.. buat pertama kalinya secara rasmi U of Minnesota ditutup; sesuatu yg cukup jarang berlaku. kali terakhir adalah kira2 15 tahun lalu (kata lecturer geochronology, 34 tahun lalu..) benar2 teruk keadaan.. dgn salji yg mencurah2 turun seperti hujan monsoon, memasuki 24 jam tanpa henti.. ohh.. tapi instead of duduk diam di rumah, aku terjerat untuk sama2 bergelumang dgn salji. kalau kecik2 dulu, mesti dah kene marah sebab main hujan.. huhuhu..

dan, sebagai pengakhiran (dan untuk memenuhi janji yg tertabur dulu), aku ingin ucapkan selamat hari lahir buat seseorang yg serasanya serasi denganku. semoga hijrah umur benar2 mematangkan dan mendewasakan cara pemikiran kita. Aku doa sejahtera, aku harap petunjuk, aku impi bahagia.. semuanya untuk kamu..



-mush-
3/1/07

No comments: