statistik gagasan pelayar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, October 11, 2007

Raya ari Jumaat

Raya jatuh pada hari Jumaat..

Nampak gaye raye dalam kelas lagi la kai ni. Mula2 igt hari sabtu. tp time iftaar td br diberitahu. agak terkejut la jugak since dh plan nk pi smayang raya ari sabtu. kire masuk kali ke-3 la xberpeluang sembahyang raya..

hrmm.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin

tulus ikhlas dr,
-mush-

Wednesday, October 3, 2007

Maya "Ka"..?

Pernahkah anda menonton iklan2 yg diterbitkan oleh syarikat telekomunikasi baik di televisyen mahupun di dada2 akhbar? Rasanya ramai yg terpesona dgn idea2 yg ditampilkan dalam iklan berkenaan hingga membuatkan kita senantiasa tertunggu2 setiap kali break di kaca televisyen. Jika di US ini, saya tertarik dengan iklan AT&T yg memperkatakan tentang drop off calls yg sebenarnya sangat lazim berlaku pada kesemua pembekal talian (baik TMobile, Verizon hatta AT&T sendiri) lihat sini (AT&T-1) (AT&T-2) Gelagat-gelagat bersahaja itu kerap sangat berlegaran di minda lantaran idea-idea itu yg sebenarnya mmg terjadi dalam kehidupan seharian. Iklan-iklan di malaysia juga tidak kurang hebat dalam membuatkan penonton tak kering gusi. Siapa tak tahu tentang iklan orang kuning - yg kental berusaha berlatih untuk menaikkan "bar" liputan (ala2 naik pangkat gitu.. hehe..) nice job!

Saya sebenarnya tidak mempunyai tujuan tertentu dalam entri kalo ini. cuma saya ingin berkongsi dengan apa yg saya baru terbaca - sesuatu yg menarik yg saya rasa menarik untuk dihebahkan. Dalam satu forum tempatan (yg tiada berkaitan langsung dengan cellphone), terdapat satu gambar yg saya kira jarang2 benar kita dapat lihat di malaysia. secara jujurnya saya tidak pernah terserempak betul2 di depan mata meskipun secara umumnya saya mengetahui akan kewujudan iklan ini.
familiar?



Sayangnya iklan seperti ini limited benar dan sukar pula kelihatan di tempat2 lain yg jauh dari negeri che' mek molek . yang selalunya kelihatan ialah ini:


Orangnya masih sama, mesejnya tetap "..Anda Berkuasa" malah warna bajupun masih yg tu juga. Tapi yang mana yg lebih mengesani jiwa anda sebagai pengguna? Saya tidak ingin mempertikaikan atau mengatakan yg mana satu lebih bagus, cuma sebagai pengguna, sekadar meneliti apa yg disajikan kepada kita menerusi iklan. Saya tertarik dengan satu nukilan daripada seberang gelanggang blog sana, "Gelanggang Keris Silau". Apa yg ditulis kelihatan bersahaja namun bila difikir2 memang ada kebenarannya.

Maya Karin Senyum Kat Saya

Dalam perjalanan nak pergi kerja
Maya Karin tersenyum manja
Sambil itu dia kata kat saya
Dengan Celcom anda berkuasa
Saya hairan terpinga-pinga
Apa yang buat saya berkuasa
Bolehkah saya memiliki dia
Apa yang dimaksudkan berkuasa
Saya cuma pekerja biasa
Kerja pula dekat kilang swasta
Gaji sikit tidaklah seberapa
Nak makan roti canai kawan belanja
Sebab mamak sudah naikkan harga
Dulu tujuh kupang sekarang seringgit dua
Itulah harga terbaru di Restoran Pelita


Habis kuasa apa yang dimiliki saya
Sampai ke hari masih jadi tandatanya
Bukan setakat berkuasa memiliki Maya
Malah kami belum pernah berjumpa
Tapi hari-hari dia senyum kat saya
Dengar kata dia sudah ada yang punya
Nama dia mula dengan huruf Ka
Tapi itu desas-desus internet punya cerita
Kita bukan boleh percaya
Tapi kadang-kadang ada logik juga
Sebab bini dia tak lah lawa
Tapi anak pembesar negara
Jadi Ka tersepit antara cinta dan cita-cita
Terlepaslah Maya Karin kat saya


Habis tu apa dia yang berkuasa
Berkuasa membuat panggilan rasanya
Berkuasa untuk berSMS di mana jua
Kalau macam tu tak yah suruh Si Maya
Termpampang wajah artis pujaan saya
Di simpang jalan dan dilebuhraya
Celcom buang karin aja!

Keris Silau
31 Mei 2007

posted by Keris Silau

Antara Maya Karin versi Islamik mahupun "kurang" Islamik, yg mana menjadi pilihan anda? yg manapun yg anda pilih, kata maya, anda tetap BERKUASA (hrmm.. betulkah?)


p/s: mush xpakai celcom.. masih setia dgn maxis.